Bahasa Pengaturcaraan

Salam...

Pertama kalinya saya belajar mengenai bahasa pengaturcaraan..pada mulanya saya sangkakan subjek ini mengenai bahasa pertuturan atau komunikasi.tapi rupanya sangkaan saya silap. Bahasa pengaturcaraan merupakan suatu pembelajaran berkaitan program perisian komputer. Pada mulanya saya sangat sukar untuk memahami apa sebenarnya yang saya pelajari pada waktu tersebut. Namun,setelah lecture saya memberi beberapa latihan, barulah saya dapat memahami serba sedikit mengenai bahasa pengaturcaraan.

Selain itu juga, saya juga berusaha untuk memahami apa itu bahasa pengaturcaraan. saya telah membuat perbincangan dan bertanya kepada rakan-rakan untuk memahamkannya. Pelbagai buku serta rujukan dari internet juga saya lakukan semata-mata untuk belajar mengenainya. Alhamdulillah, mudah-mudahan serba sedikit ianya dapat membantu saya sepanjang pembelajaran saya dalam bidang bahasa pengaturcaraan. 

Apa yang saya fahami berkenaan bahasa pengaturcaraan ialah dalam membangunkan sesuatu aturcara mestilah mengikut lima fasa yang terlibat. Sebuah aturcara juga mengandungi pembinaan carta alir serta pseudokod tersendiri. maka saya perlu menghafal beberapa simbol grafik yang membawa maksud serta penerangan yang tersendiri. Ianya digunakan dalam membina sesebuah carta alir. Namun begitu sebenarnya banyak lagi yang saya perlu pelajari dan ketahui berkaitan bidang ini. InsyaAllah, dengan berkat tunjuk ajar serta bimbingan dari miss N , rakan-rakan, serta rujukan yang saya buat dapat membantu saya terus mendalami dan memahami apa itu Bahasa Pengaturcaraan. Amin....


Sekian, terima kasih.

posted under | 0 Comments
Powered by Blogger.

Followers


Recent Comments